currently : disini.
mood : belaian jiwa.
******peringatan+amaran*****
maaf ini adalah entry luahan hati. entry ini sangat sadis buat aq. so, jangan baca jika ia boleh membuatkan kalian rasa seperti mahu muntah hijjo!
humm...aq sudah fikir dengan sebaik-baiknya dan se"positif-positifnya".sudah penat dengan keadaan seperti ini. akal ini sudah kuperah untuk berfikir dengan bijak. woohh. first time aq rasa aq berfikir secara positif dalam hal-hal yang macam ni selama aq hidup hampir 21 tahun. bangga sekejap :)
yer. aq sudah buat keputusan. aq akan melepaskan ia pergi. pergi jauh dari hidupku.
tiada dendam. tiada persengketaan. tiada kebencian. bukan berniat untuk membuangnya tapi ini yang harus ku lakukan. aq tak sanggup melihat orang lain menderita kerana aq
SORANG. aq bukan orang yang baik. aq kejam. aq jahat. kenapa perlu aq bertahan lagi jika aq tahu hubungan aq akan melukakan orang lain yang tidak bersalah.
aq tahu dia jugak terluka. tapi pemergian aq adalah lebih baik untuk kalian. at least hanya aq yang terluka dan kalian bisa meneruskan kebahagiaan itu. aq tidak mahu menjadi batu penghalang antara kalian. aq redha jika kau bukan milikku pada saat ini. aq pasrah. segalanya ku serahkan pada sang pencipta.
kamu..
aq sudah mula menyanyangi kamu. sangat! dan pabila tiba saat hatiku hanya milik kamu, kamu telah luahkan segalanya. aq tidak akan pernah menyesali dengan perkenalan kita. kamu beri aq bahagia disaat aq terluka. terima kasih atas segalanya. maafkan aq. walaupun kamu mohon untuk aq untuk tidak melepaskan kamu, tapi aq tidak mampu untuk lakukan semua itu. jiwaku semakin sakit jika aq terus mengharap dan meneruskan hubungan kita yang tidak pasti ini. aq tidak mahu melihat "dya" terluka seperti aq terluka. walaupun kamu cakap kamu syg dan cinta aq, tapi itu semua bukan milikku. aq yakin. kata hati tidak pernah menipu. semua itu milik "dya". hargailah "dya" sebaiknya. jangan pernah lakukan lagi perkara yang boleh melukakan hatinya. janji?
dya..
kamu bertuah kerana kamu insan terpilih untuk bertakhta dihatinya. jagalah dia. sayang lah dia. aq sentiasa doakan kalian bahagia bersama.
hey diri,
jangan tangisi lagi pemergian dan kehilangan ini. walaupun ku tahu ia sangat perit dan sukar, tapi kamu perlu hadapinya. jangan pernah menyeksa lagi sang mata kerana airnya sudah kering kontang seperti di padang pasir yang luas. anggap saja ia seperti sekeping kertas yang tercatat segala memori antara kau dan dia. dan kini, ia telah terbakar oleh sang api yang marak. biarkan ia pergi itu adalah lebih baik. doakan mereka bahagia. hidup kamu perlu diteruskan. jangan terus menyeksakan diri sendiri. anggaplah ini sebagai satu kenangan terindah yang pernah kamu miliki. kamu patut bersyukur kerana diberi peluang untuk merasakan dugaan seperti ini. ada hikmah disebalik semua yang berlaku. yakin oke!!
kebahagiaan, keceriaan, semua itu akan menjadi milikmu suatu hari nanti. kamu masih punya keluarga, masih punya teman, masih punya sahabat disekeliling yang boleh membahagiakan kamu. jangan pernah mengalirkan titis-titis jernih lagi. kamu harus kuat. harus tabah. harus yakin ini semua bukan milikmu.
bangunlah dari mimpi-mimpi indah itu. berpijaklah di bumi yang nyata. kamu masih punya tanggungjawab yang perlu di laksanakan. jangan biarkan mereka kecewa seperti kamu kecewa. bahagiakan mereka. itu penting!
jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kita sebagai manusia hanya mampu berusaha. bila ia tertulis, itu bukan jodoh kita, sejauh mana kita kejar pon, ia tetap bukan jodoh kita. yakin itu.
genggamlah sesuatu yang kamu miliki sekuat-kuatnya. apabila kamu sudah melepaskan genggaman itu, ia akan jatuh dan tidak bisa digenggam lagi.
ini keputusan ku. ini kata noktahku. kata terakhirku. maaf kamu. aq tidak lagi bisa membiarkan diri ini terluka dan terseksa melihat kamu dan dia. aq tidak sekuat itu. aq hanya insan yang lemah. keputusan ini telah kubuat disaat kamu meluahkan segalanya 3 hari lepas. tapi aq masih ragu-ragu dengan keputusan ini. dan sekarang, aq telah yakin. permintaanmu untuk kita terus menjadi sahabat, aq terima. dan aq mohon maaf jika layananku nanti tidak semesra dahulu. aq tidak tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan kamu dan melayani kamu selepas ini. berikan lah aq masa untuk merawat hatiku yang sedang terluka.
pada dia..
jika kamu baca ini, ku mohon maaf atas segalanya. halalkan segalanya yang kau berikan pada aq. kamu memori indahku walaupun ia hanya seketika. umpama tersedar dari mimpi, dan aq telah kehilangan kamu. terima kasih kerana kamu sudi muncul dalam hidupku.
aq mahu ketawa seperti anak kecil yang baru mendapat boneka dari ibunya.
aq mahu tersenyum seperti melihat keletah anak-anak itu bermain.
aq mahu terbang tinggi dan bebas seperti sang burung yang bisa terbang tinggi dan menikmati hidup ini sepuas-puasnya.
aq mahu ceria seperti selalunya.
aq mahu bahagia kerana aq masih punya keluarga yang sentiasa menyayangi aq setiap detik.
aq mahu mencipta sebanyak mungkin kenangan bersama mereka disini.
aq perlu hayati setiap inci hidup ini. kerna hidup hanya sekali.
masalah datang dan pergi.
akan ku redah segalanya dengan tabah.